Euforia Bola 2026
Hiburan By: Padin August 24, 2022 @ 7:36am

Air Mata Tumpah, Video Mizz Nina Tular – “First Time Tengok Dia Nangis”

Video yang memaparkan tangisan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina kini tular di laman TikTok.

Menerusi perkongsian di akaun TikTok @ejust4u, pengguna itu memuat naik video Mizz Nina yang gagal menahan sebak dan menyeka air mata yang berlinangan dengan tisu.

Video menggunakan audio lagu Hijrah Cinta nyanyian asal Rossa yang dinyanyikan semula oleh Wany Hasrita itu meraih perhatian ramai.

Difahamkan, video terbabit dirakamkan ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung 21 Ogos lalu anjuran Safinah Institute.

Mizz Nina hadir sebagai salah seorang tetamu yang membuat perkongsian bertajuk ‘A Heart of Stone: The Case of a Hardened Heart and its Cure’.

Menerusi pemerhatian XTRA di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan kata-kata semangat buat wanita ini.

Ada juga dalam kalangan netizen memohon pemilik akaun untuk memuat naik video asal tanpa sebarang muzik latar untuk mengetahui apa yang diperkatakan oleh Mizz Nina.

Ketika artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 717,000 tontonan, 75,600 tanda suka serta lebih 2,400 komen.

| Live TV

| ARTIKEL Xtra

Trending Mon, 3 Jan 2022

Avaa Vanja Berjaya Dapatkan Hak Penjagaan Sementara & Injunksi Bagi Menghalang Anak Dibawa Keluar Negara

Pendengaran kes hadhanah pelakon Avaa Vanja bermula pada hari ini di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur setelah beliau memfailkan perceraian terhadap suaminya, Aamil Sulaiman pada 2 Disember tahun lepas. Peguam Syarie Nurul Hafidzah dan Zeti […]

Hiburan Fri, 30 Sep 2022

UTP & DFP Raih Konsert Junjung Tradisi – A Night with UTP Stars

Demi memberi inspirasi kepada penghayatan seni, budaya dan warisan Malaysia dalam kalangan generasi muda, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) tampil dengan kerjasama Universiti Teknologi Petronas (UTP) mempersembahkan konsert bertajuk Junjung Tradisi – A Night with UTP […]

Featured Wed, 25 May 2022

Bekas Suami Ziana Zain Terlepas Hukuman Penjara

Armin Zaharin digugurkan hukuman penjara lapan bulan tetapi dikenakan denda sebanyak RM8,000.

Trending Fri, 29 Mar 2024

Beauty of Joseon X Lilin Tawar Diskaun Sehingga 40% Untuk Set Eksklusif Raya & Promosi Bundle 2024!

Korang pengguna produk kecantikan Beauty of Joseon? Jangan lepaskan peluang untuk menikmati pelbagai promosi hebat termasuk diskaun sehingga 40% bagi set eksklusif raya Beauty of Joseon X Lilin+Co pada 1 April 2024 hingga 7 April […]

Hiburan Sun, 2 Feb 2025

[VIDEO] “Hati Saya Hancur-Sehancurnya Bila Dapat Berita Dia Bertunang” – Naim Daniel Curah Perasaan Dalam ‘Selasa’

Naim Daniel putus cinta selepas empat tahun bersama wanita yang juga dalam industri

error: Content is protected !!