“Ini Cara Allah Jadikan Saya & Kita Semua Kuat!” – Shuk Sahar ‘Kantoi’ Lagi, Isteri Dedah Kali Ni Siap Check-In Dan…

Dunia hiburan sepi seketika dengan kontroversi yang melanda rumah tangga pelakon dan pelawak, Shuk Sahar.

Namun, pada Khamis isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau lebih dikenali sebagai Sera sekali lagi tampil meluahkan rasa kecewa terhadap suaminya itu.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik Sera di aplikasi TikTok dan Instagram miliknya, beliau menyatakan rasa terkilan dengan tindakan Shuk yang merumitkan lagi proses perceraian yang difailkannya sebelum ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Diaib Bekas Kekasih, Video Separuh B*g*l Tular – Shuk Sahar Bakal Fail Saman Fitnah

ARTIKEL BERKAITAN: “Itu Bukan Video Baharu…”- Shuk Sahar Bakal Ambil Tindakan Isu Video Separuh B*g*l Tular

ARTIKEL BERKAITAN: Rumah Tangga Shuk Sahar Kembali ‘Panas’, Isteri Dakwa Diugut & Disantau

Berkongsi maklumat yang sama, Sera turut memberitahu bahawa Shuk sempat pergi bercuti dan ‘check-in’ hotel sedangkan beliau terpaksa menunggu berbulan-bulan untuk mendapatkan jawapan.

“Orang memperlakukan aku teruk. Diorang biar aku tunggu berbulan-bulan, diorang pergi bercuti, check in.

“Aku sabar menunggu walaupun tiada kepastian. Sedih jangan cakaplah. Tuhan sahaja yang tahu. Bila dimana dan berapa banyak aku menangis.

“Menipu lah kalau sentiasa tabah…tapi aku yakin, ini cara Allah jadikan insan macam kita ni lebih sabar dan tabah.

“Bersyukur lah dalam ujian ni kerana kita orang yang dikhianati, bukan Pengkhianat!,” katanya.

Menjengah diruangan komen pula, rata-rata warganet meninggalkan pesanan buat Sera agar ‘move on’ dan tidak memberi peluang demi peluang kepada Shuk setelah masalah yang sama kerap berlaku dalam perhubungan mereka.

Salma Syahbuddin