“Mak Bapa Hantar Sekolah Bukan Suruh Jadi Samseng!” – Netizen Bengang Kes Buli Pelajar Asrama Viral

Tindakan beberapa remaja yang dipercayai pelajar asrama menumbuk dan menendang seorang pelajar lain secara beramai-ramai tular dalam media sosial sehingga menerima kecaman orang ramai.

Menerusi beberapa video yang berdurasi 13 hingga 30 saat itu, seorang remaja dilihat menjadi mangsa buli apabila dia diminta untuk berdiri tegak sebelum ditendang di bahagian belakang badan serta ditumbuk beberapa kali dibahagian perut oleh beberapa remaja lain.

Perkongsian ini telahpun tular di laman sosial Facebook sejak ia mula dimuat naik oleh seorang individu yang dikenali sebagai Faez Hamzah.

Malah, perkara ini turut mendapat perhatian selebriti Harith Iskandar apabila beliau berpendapat bahawa, ibu bapa tidak mustahil akan hilang kepercayaan terhadap institusi dan sistem pendidikan terutamanya dalam melindungi remaja di sekolah.

Terbaharu, Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya kini masih menjalankan siasatan berhubung kes buli membabitkan pelajar yang dipercayai dari sebuah sekolah di negeri tersebut.

 

Sumber : Facebook, Sinar Harian

Salma Syahbuddin