Categories: HiburanSelebriti

Ini Doa Sang Mantan Buat Emma Maembong

Berhubung kontroversi yang melanda pelakon Emma Maembong baru-baru ini, bekas kekasih Emma, Kamal Adli berharap agar peminat mahupun netizen diluar sana tidak terus menerus menghentam dan  menyalahkan Emma apabila mengambil keputusan untuk melepaskan hijabnya.

Menurut Kamal, 32, beliau turut terkena tempiasnya apabila peminat masih mengaitkan beliau dan pelakon Cik Sempurna itu menerusi komen-komen dilaman instagram miliknya. Namun, Kamal mengakui hanya mampu mendoakan yang terbaik buat diri Emma.

“Cakap lebih pun takda makna, jadi apa yang boleh saya lakukan hanylah mendoakan yang terbaik buat dia. Dan, saya pasti setiap apa yang berlaku mempunyai sebab.” Katanya

Sumber : Instagram @kamaladli

Pelakon Jika Masih Ada Rindu, Kamal Adli dan Emma Maembong sebelum ini, pernah menjalinkan hubungan cinta sebelum membawa haluan masing-masing pada Oktober tahun lalu.

” Sebagai seorang kawan, tidak wajar rasanya saya mencampuri urusan peribadi Emma kerana antara kami sudah tiada apa-apa hubungan.” Tambahnya.

Salma Syahbuddin