Categories: HiburanSelebriti

Review Produk Hamil? Sorry, Next!

Pelakon Anzalna Nasir mengakui enggan menerima ulasan berbayar untuk produk hamil di Instagram.

Katanya di Instagram, Anzalna tidak mahu menipu pengikutnya untuk membeli produk yang sebenarnya tidak digunakan.

“ Reaksi bila orang suruh review produk hamil yang kita tak guna. Duit mahu, menipu tak mahu,” tulisnya di Instagram.

Bakal ibu jelita ini juga berterima kasih kepada penjual produk yang menawarkan tawaran wang kepadanya.

Memetik temubual bersama salah sebuah portal hiburan, Anzalna menganggap dia tidak mahu memperdaya pengguna.

“ Seharusnya dilakukan dengan jujur dan ikhlas. Bukan sebab duit sahaja. Bukan apa, saya kesian tengok orang cepat terpedaya,” katanya yang kini hamil empat bulan.

SGMS Faida