Categories: HiburanSelebriti

BUKAN RM200, TAPI INI KOS SEBENAR PELAMIN YUNA?

Sejak perkahwinan Yuna yang lepas, hiasan pelamin penyanyi itu masih disebut-sebut sehingga kini. Malah, ramai yang memuji pelamin tersebut bagaikan kayangan kerana berlatarbelakangkan alam semula jadi, sehingga peminat dan pengikut Yuna sendiri menjadikan rekaan pelamin beliau sebagai wedding goals mereka.

 

Adam dan Yuna semasa hari bahagia mereka

Namun, setiap yang cantik itu semestinya memerlukan kos yang tinggi bukan? Bukanlah setakat hanya RM200 seperti yang diminta oleh bakal mempelai viral tersebut. 

Beberapa hari lepas, kecoh bahawa anggaran sebenar kos pelamin penyanyi bertaraf antarabangsa itu sebenarnya mencecah RM70k . Kerana menurut pereka pelamin tersebut, ia bukan sahaja berdasarkan kepada penggunaan bunga-bungaan hidup tetapi usaha para krew yang berkerja keras untuk menyiapkan pelamin tersebut sehingga mengambil masa selama tiga hari.  semestinya pelamin yang eksklusif buat penyanyi tersebut!

Buat semua mempelai diluar sana, The Calla tidak akan membuat konsep sebegitu lagi kerana pelamin itu semestinya pelamin yang eksklusif buat penyanyi tersebut!

Salma Syahbuddin