Categories: HiburanSelebriti

Ini Pesan Akim Ahmad Paling Win Buat Treehill Band

Penyanyi, komposer dan suami kepada Stacy ini dilihat telah membalas mengeluarkan kenyataan yang dianggap paling win apabila menegur kumpulan rock baru tempatan agar sentiasa merendah diri apabila sudah mampu melakar nama dipersada seni tanah air.

Akim dilihat memuat naik kenyataan berupa komen tersebut apabila lagu terbaharu ciptaannya berjudul Terbang telah berjaya mendapat lebih 700k tontonan dilaman Youtube sejak ia dilancarkan.

 

Dan, jika dilihat diruangan komen tersebut, Akim secara ‘jujur’ menasihati agar kumpulan ini sentiasa berpijak dibumi yang nyata dan tidak riak dengan setiap pencapaian mereka kelak.
Apapun, betul lah tu pesanan Akim buat kumpulan Treehill ni, jangan sampai lagu meletup tapi attitude, betul tak? Netizen diluar sana jangan pula jadikan kenyataan Akim ni sebagai sesuatu yang boleh buat kontroversi okay! Anggaplah ini pesanan mentor kepada protege.
Kalau nak tahu, Treehill Band ini merupakan sebuah kumpulan rock terbaharu yang membariskan empat orang anak muda yang terdiri daripada, Sabran (Vokal), Arash (Basist), Aiman (Drum), dan Harry (Guitarist). Mereka muncul dengan muzik rock dan mempertaruhkan lagu Terbang ciptaan Hang Nadim bersama Zimi.
Salma Syahbuddin