Categories: familuvFeatured

Lidah Bayi Anda Ada Kesan Kotoran Putih? Ikuti Cara-Cara Pembersihan Ini

Anda perasan tak kadang-kadang selepas anak anda minum susu, ada kesan kotoran putih yang kekal pada lidahnya.

Jangan ingat ia perkara biasa dan akan hilang dengan sendiri. Sepatutnya anda sendiri kena hapuskan kotoran itu secepat mungkin.

Sebabnya, bukan saja si kecil akan rasa tak selesa apabila meminum susu. Kotoran itu juga boleh mengakibatkan pembiakan bakteria dalam mulut yang akhirnya boleh membahayakan kesihatan anak anda. Oh no!

Lidah si kecil harus dibersihkan secara rutin, iaitu sekali dalam tiga hari. Aktiviti ini boleh mengelakkan toksin daripada terserap ke dalam badan lalu meningkatkan sistem imuniti bayi.

Selain itu, ia menggalakkan penjagaan gigi anak anda serta menghalang nafasnya daripada berbau.

Selera makannya pun akan improve! Dengan lidah yang bersih, dia akan berupaya untuk merasai makanan dengan lebih baik.

Jika anda tak pasti bagaimana untuk lakukannya secara efektif, teruskan baca!

Foto: community.babycenter.com

Cara-caranya:

  1. Pakai sarung tangan yang diperbuat dari kain lembut atau ambil tuala putih bersih.
  2. Basahkan sarung tangan itu atau salah satu daripada hujung tuala dengan air suam.
  3. Buka mulut bayi secara lembut dan perlahan-lahan. Hati-hati, ya! Jangan terlalu kasar sampai luka!
  4. Gosok-gosok di sekitar lidah dan dalam mulut bayi anda sampai kotoran hilang.

Tip:

Sementara anda lakukan perkara ini, pastikan anda berkomunikasi dengan bayi anda supaya dia tak terkejut atau menangis.

Jadi rajin-rajinlah bersihkan lidah bayi anda, okay? Semuanya untuk kebaikan dia dan anda juga. Nanti kalau anak dah jatuh sakit, anda juga yang susah, tak tidur malam. 

Sumber: theAsianparent

Ad Ops