Categories: HiburanSelebriti

Selena Gomez Patah Hati Lagi…

Jika penyanyi Ed Sheeran membeli empat biji rumah bersambung sekaligus untuk tunang tersayang, lain pula hal bagi seorang penyanyi terkenal ini.

Justin Bieber dilaporkan mendapatkan sebuah banglo berdekatan tasik sebagai persediaan sebelum berkahwin.

Laporan mengenai Bieber mendapatkan banglo mewah berkenaan telah sampai ke pengetahuan bekas kekasihnya, Selena Gomez.

Menurut sumber terdekat dengan Gomez, penyanyi itu patah hati apabila mendapat tahu Bieber mendapatkan rumah itu untuk tinggal bersama tunangnya, Hailey Baldwin.

” Selena pernah berharap dia akan menetap bersama Justin di luar kawasan jauh dari Hollywood.

“Itulah impian dia untuk membesarkan keluarga di sebuah rumah besar berdekatan dengan tasik bersama Justin tapi lelaki itu buat dengan orang lain,” kata sumber.

Nampaknya, Selena harus terima hakikat dan mula move on kerana Bieber benar-benar serius bergelar suami kepada Hailey.

Selena pernah membuat kenyataan dia tidak terkejut Bieber mengikat tali pertunangan dengan gadis itu kerana sudah ‘masak’ dengan sikap Bieber yang gemar bertindak tanpa berfikir panjang. Sabarlah Selena…

SGMS Faida