Categories: HiburanSelebriti

Raja Komedi Terkenal Meninggal Dunia

Digelar ‘Raja Komedi’ di Amerika Syarikat, dramatis terkenal, Neil Simon, meninggal dunia pada usia 91 tahun, awal pagi semalam.

Mendiang dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di New York Presbyterian Hospital di Manhattan selepas berdepan komplikasi radang paru-paru (pneumonia).

Perkara itu disahkan Bill Evans, rakan rapat penulis drama itu, yang juga jurucakap teater Shubert Organisation

Beliau yang terkenal banyak menghasilkan teater Broadway sejak 1960 hingga pertengahan 90-an juga pernah mengumpul sejumlah anugerah Oscar.

Sepanjang kerjayanya, mendiang cukup dikenali menerusi naskhah seperti ‘The Odd Couple’, ‘The Sunshine Boys’, ‘Barefoot in the Park’ dan ‘Lost in Yonkers’

Simon, dikatakan bijak mengadun elemen humor, drama dan introspeksi, pernah memenangi Hadiah Mark Twain untuk American Humor pada 2006.

Mendiang pernah berkahwin sebanyak lima kali meninggalkan isteri Elaine Joyce dan tiga anak perempuan.

SGMS Faida