Categories: Hiburan

PESONA 4 GAUN PERKAHWINAN SELEBRITI YANG MENJADI BUALAN

1) Gaun ala barbie ini mula menjadi tular apabila Anzalna memakai gaun tersebut dihari perkahwinannya. Gaun rekaan pereka fesyen terkenal Cosry ini menjadi bualan ramai apabila Anzalna tampil menawan dengan rekaan gaun yang diilhamkan oleh “Barbie Mariposa”. Coraknya yang berwarna warni sangat sesuai dengan tema perkahwinan ala fantasi impian Anzalna Nasir. Sentuhan solekan dan pengayaan rambut pengantin juga sangat sesuai dengan tona warna gaun ini. Tidak hairanlah sekiranya gaun ini menjadi perbualan netizen.

Anzalna Nasir

2) Amyra Rosli dan Amar Baharin merupakan pasangan selebriti ideal peminat. Pada hari perkahwinan mereka, Amyra Rosli tampil dengan gaun perkahwinan yang bertemakan “Black Glam”. Gaun yang berwarna keemasan ini mendapat sentuhan pereka fesyen terkenal iaitu Rizman Ruzaini. Amyra tampil menawan dengan hiasan mahkota bertatahkan berlian. Sememangnya gaun mewah ini menjadi perbualan netizen kerana rekaannya yang seakan gaun perkahwinan puteri diraja. Gaun ini dihasilkan dari “material” renda Perancis. Solekan tipis dan natural  menambahkan lagi gaya eksklusif gaun ini.

Amyra Rosli

3) Gaun rekaan  Nurita Harith ini mendapat perhatian netizen kerana rekaannya yang bercirikan moden kontemporari. Siti Saleha tampil menawan dengan hiasan rambut dan gaya solekan yang cukup lembut sesuai dengan majlis resepsinya yang bertemakan zaman kolonial puteri diraja. 

Siti Saleha

4) Izara Aishah tampil menawan dengan gaun rekaan Rizman Ruzaini. Gaun rekaan berwarna silver bercirikan moden kontemporari dengan rekaan”cape” ini kelihatan sangat cantik dipadankan dengan mahkota berlian, sesuai dengan tema majlis perkahwinan Izara. Gaun ini turut menjadi perbualan netizen dek kerana konsepnya yang seakan “Snow White” Queen. 

Izara Aishah

 

 

Ad Ops