Categories: Hiburan

“NAK KAHWIN TAK?” FATTAH AMIN

“Nak kahwin tak? Nak kahwin tak?

Haa.. manis tak?

Itulah kata-kata manis Fattah Amin kepada Fazura apabila ingin mengatakan hasratnya untuk serius dalam relationship mereka. 

Dan, semua sedia maklum bahawa Fattah Amin dan Fazura telah mengumumkan yang mereka telahpun mengikat tali pertunangan pada 13 November lalu sebelum kedua-duanya berangkat untuk menunaikan ibadah Umrah bersama keluarga.

Fazura dan Fattah Amin ketika mengerjakan umrah bersama keluarga dan teman rapat mereka.

Kepada peminat yang selama ini berteka-teki tentang mengapa mereka menyembunyikan status mereka. Ini kata Fazura.

” why we took our time is because, kita memang nak fokus on ibadah, kalau kita announce immediately dia akan keluar paper for the next 2 weeks, dan macam mana kita nak fokus ibadah kita. Memang kita plan nak share the good news apabila kita balik. Tapi bila macam-macam plak spekulasi keluar paper, gambar rumah nenek saya, which is not right you know…tapi sekarang ni we decide kita buat juga. Walaupun penat, walaupun tak cukup tidur , kami memang feel that kita kena rush jugak bagitahu.”

Kini Fattah dan Fazura dalam proses permohonan pernikahan. Dan majlis resepsi akan dibuat dikedua-dua belah pihak.

“Kami dalam proses macam orang lain jugak. Proses untuk daftar, pegi kursus kahwin, dan selepas kursus kahwin kena ada a few things communication yang kami akan buat.”

 

Ketika sesi sidang media di Royal Chulan Hotel, Kuala Lumpur

Bila ditanya adakah perkahwinan mereka akan berlangsung pada tahun ini atau akan mengambil masa yang lama?

“in shaa allah, doakan yang baik-baik. I don’t think it’s gonna to be to long from now”. Kata fazura.

Finally, kepada semua peminat Fattzura. Doakan yang baik-baik sahaja buat mereka okay!

 

 

Salma Syahbuddin