Inspiring! Kisah Alif Satar & Penjual Roti Bikin Netizen Terkesima

Perkongsian penyanyi Alif Satar mengenai penjual roti di Pulau Pinang nampaknya menarik minat netizen yang membacanya.

Menerusi sebuah entri di Instagram Alif, dia menceritakan kisah lelaki bernama Muniandi yang lebih dikenali sebagai Kumar si penjual roti.

“Harini kami ke Art/Mural di Balik Pulau. Through art we found a beautiful story. This is Uncle Muniandi @ kumar the breadman, who manages to send his kids to high education,” tulisnya.

Kongsi Alif, lelaki ini berjaya mendidik anak-anaknya sehingga bergelar doktor dan peguam.

“1 is a doctor, another a lawyer and a future engineer. He still sells bread,” katanya.

Dalam masa sama, lelaki itu turut memberitahu Alif bahawa kesemua pembeli roti adalah orang Islam. 

” Customer saya semua orang islam, jadi depa semua kata roti saya halal.. jadi rezeki saya halal,” akhirinya.

Menjengah di ruangan komen, salah seorang pengikut Alif menulis dia mengenali penjual roti berkenaan.

Menjawab selepas komen itu ditinggalkan, Alif berharap semoga pakcik Kumar dikurniakan rahmat Allah SWT.

Ini baru betul-betul inspiring, bukan? Untuk Pakcik Kumar, semoga perniagaan roti semakin berjaya di masa akan datang. Amin! 

SGMS Faida