Intan Najuwa Bengang Dengan Netizen!

Sejak pertunangan pelakon Setelah Ku Dimiliki ini berlangsung, ramai nampaknya peminat mahupun netizen yang berusaha untuk memporak-perandakan hubungan beliau bersama tunang, Razrul Anwar Rusli atas faktor tidak bersetuju kerana perbezaan umur yang terlalu ketara.

Namun, menurut Intan segala tindakan netizen termasuklah menghantar mesej kepada tunangnya itu adalah tidak patut.

Bukan sahaja mencabar kesabarannya sebagai seorang manusia, Intan menganggap tindakannya untuk berdiam diri selama ini memberi hint kepada netizen diluar sana untuk berbuat sesuka hati. 

 

Malah, intan turut menegaskan bahawa kata-kata dan tindakan netizen itu mengguris hatinya. 

Spekulasi ini timbul apabila Intan dilihat meletakkan mood ‘archive’ terhadap beberapa keping gambar beliau bersama tunangnya.

Haih!

Apapun, netizen janganlah sibuk sangat tentang hal peribadi artis kesayangan korang. Yang penting, sentiasa menyokong kerjaya seni mereka. Yang lain tu, takyah lah sibuk okay!

Salma Syahbuddin