Instagram Dibanjiri Ucapan Tahniah, Ramai Bangga Syamsul Yusof Terima Lamaran Pembikinan Filem Epik Cecah Ratus Juta Ringgit

Pengarah tersohor, Syamsul Yusof mendedahkan dia baru sahaja menerima tawaran untuk bekerjasama dengan kerajaan negeri Melaka dalam menghasilkan sebuah filem epik terbaru.

Memetik laporan Utusan Malaysia, Syamsul dikatakan telah ditawar untuk membuat filem yang mengangkat keagunangan sejarah negeri berkenaan.

“Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd. Ali. Rustam menyatakan minat untuk bekerjasama dan akan sekali lagi memanggil saya serta pasukan untuk berbincang lebih lanjut.

“Beliau ada meminta saya melakukan penambahbaikan skrip dengan memasukkan beberapa idea untuk memantapkan lagi produksi itu,” ujarnya.

Mengulas lebih lanjut, pengarah filem epik Mat Kilau yang berjaya meraih RM96 juta itu turut tidak menafikan pembikinan filem tersebut akan menjadikan sebuah projek termahal dihasilkan nanti.

“Ratus (juta)… Insya-Allah, filem ini akan menjadi produksi paling mahal dalam sejarah pembikinan filem di Malaysia,” katanya lagi.

Meninjau di ruangan Instagram milik Syamsul, rata-rata selebriti dan pengikutnya turut tumpang gembira atas berita tersebut yang amat mengejukan penggemar filem Malaysia.

Sumber: Utusan Malaysia, Instagram Syamsul Yusof

Aqilah Paharuzi