Lebih RM2,500 Lesap, Nabil Ahmad Terlepas Konsert Billie Eilish! Netizen – “Syukur Dilindung Pak Haji”

Pengacara dan penyampai radio terkenal, Nabil Ahmad terkejut serta tidak menyangka dia terlepas tarikh konsert penyanyi antarabangsa Billie Eilish Happier Than Ever The World Tout 2022 yang telah berlangsung kelmarin.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Instagram, Nabil meluahkan rasa kesal apabila menelefon isteri tercintanya, Nazirah Ayub kerana tidak berkesempatan untuk membawa anak-anak menonton artis kegemaran mereka.

Secara keseluruhan, Nabil, 39, dikatakan kehilangan sebanyak RM2,540 wang yang telah dihabiskan untuk membeli lima keping tiket berharga RM508 satu.

Menerjah ke ruangan komen, hantaran tersebut telah meraih pelbagai reaksi netizen dimana rata-rata mereka berkata Sang Pencipta telah melindungi dirinya sekeluarga daripada terjerumus dalam melakukan perkara yang sia-sia.

Ada juga yang berkata mereka sekeluarga adalah insan terpilih kerana dijaga oleh Allah SWT kerana terhindar daripada berada di tempat lagha.

Ketika menghubungi isterinya, Nabil berkata perkara tersebut sangat kelakar namun tidak menafikan Allah SWT tidak mengizinkan mereka.

Bagaimanapun, Nabil tampak sangat tenang dalam menghandali situasi tersebut dan tidak cepat melatah.

Aqilah Paharuzi