Instagram Siti Sarah Cecah 2 Juta Pengikut!

Penyanyi berbadan cilik dan bersuara besar, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa terkejut dan terharunya apabila meraih 2 juta pengikut di instagram (IG) melalui perkongsiannya id akaun IGnya semalam.

“Wow! Ia nya terjadi pada hari Isnin.. permulaan yang hebat minggu ini!!! 2 juta!! Terima kasih semua…semua yang follow kita!! I love you!” tulis Sarah di kapsyen entri instagram tersebut. 

Yang lebih menarik apabila rakan artis seperti penyanyi tersohor tanahair, Anuar Zain juga mengucapkan tahniah kepada Sarah. Tak lupa juga ucapan-ucapan dari pengikut-pengikut Sarah atas pencapaian ini.

 

Tapi ada juga komen-komen negatif yang menuduh Sarah membeli ‘pengikut’nya. 

“Tak guna gak peminat 2 juta tapi ‘likes’ sikit”

Likes sikit tu la yang betul-betul pengikut..yang selebihnya tu ‘pengikut hantu’ (pengikut yang dibeli)” 

Sikit tak sikit lah, entri instagram tersebut saja meraih lebih 10k likes

Penyanyi yang terkenal dengan lagu Kesetiaan ini mendirikan rumahtangga dengan pelawak dan penyampai radio, Shuib atau nama sebenarnya Shahmira Muhamad dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata hasil dari perkahwinan ini.

Del14