Tahniah! Nabil Ahmad Bakal Dapat Anak Ketiga

Tahniah buat pengacara dan pelawak terkenal kerana bakal menerima cahaya mata ketiga tak lama lagi.

Isterinya, Zira Ayub disahkan hamil di mana berita gembira tersebut diumumkan menerusi laman Instagram milik pasangan ini semalam.

“Insyaallah 3,” tulis isterinya ringkas.

Sementara itu, Nabil dan isteri turut mengharapkan agar mereka dikurniakan cahaya mata lelaki.

“Memandangkan saya sudah mempunyai dua orang anak perempuan, jadi yang ketiga ni saya harapkan lelaki pula. Doa-doakan supaya kami dapat anak lelaki ya,” katanya. 

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 dan sudah dikurniakan dua cahaya mata sebelum ini, Naira Mikayla dan Leyla Medyna.

SGMS Faida