Categories: Eat Travel

Resepi ‘Black Pepper Beef’ Ini Memang Sedap. Gerenti Suami Anda Puji Punyalah!

Anda dah ‘kering’ idea untuk menyediakan hidangan suami tercinta? Jangan pening-pening, anda boleh cuba resepi istimewa yang penulis kongsikan ini.

Tidak terlalu susah, resepi ini memang senang dan paling penting jika dimakan pasti menjilat jari! Penulis sarankan, anda boleh gunakan daging batang pinang iaitu bahagian daging yang cepat lembut bila dimasak.

Jom kita tengok cara-cara nak membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan

200 gram daging

2 sudu besar sos lada hitam

3 biji bawang merah, ditumbuk halus

2 ulas bawang putih, ditumbuk halus

1 inci halia, ditumbuk halus

1 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar kicap manis

1 sudu besar tepung jagung

1 cawan air

Bawang Holland, dihiris bulat-bulat

1 biji tomato

Garam secukup rasa

Cara-caranya:

1. Hiris nipis daging. Cuci dan perapkan daging tersebut bersama sos lada hitam selama 30 minit.

2. Kemudian, panaskan minyak di dalam pan. Tumiskan, bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau.

3. Seterusnya, masukkan daging yang telah diperap tadi. Kacau sehingga sebati.

4. Masukkan pula serbuk lada hitam, kacau seketika.

6. Bancuh air dan tepung jagung, dan masukkan ke dalam pan. Kacau lagi.

7. Masukkan kicap manis, garam, bawang Holland dan tomato. Kacau seketika. 

8. Siap untuk dihidangkan. Makan bersama nasi panas, memang terangkat!

Selamat mencuba!

Sumber: Buat Orang Lapo

tex_admin