Setahun Bergelar Isteri, Laudya Cynthia Bella Sangat Bahagia

Selepas setahun sah bergelar isteri kepada Engku Emran, aktres terkenal Indonesia 

Laudya Cynthia Bella mengaku banyak belajar hal baru.

Kata pelakon Syurga Yang Tak Dirindukan 2 ini, dia sangat bahagia melayari kehidupan bekeluarga. 

“ Bila sudah berkahwin, kita perlu bertolak ansur dalam semua benda dan berkongsi banyak perkara. 

“ Apa-apa pun yang kita nak lakukan tidak boleh buat keputusan sendiri, memang banyaklah yang saya belajar,” katanya kepada  portal Indonesia, Hot Detik. 

Pelakon berusia 30 tahun ini mengaku harus mengutamakan suami sebelum melakukan sebarang keputusan.

Ditanya mengenai sambutan ulang tahun pertama perkahwinan tersebut, Bella berkata tiada sebarang acara dianjurkan mereka, sekadar makan malam berdua sahaja.

“Tak ada apa-apa majlis, kami berdua cuma makan malam di Kuala Lumpur kerana pagi esoknya saya perlu pulang ke Indonesia,” ujarnya.

Pasangan yang berbeza jarak usia 13 tahun ini bernikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Selamat Ulang Tahun perkahwinan buat Bella & Engku Emran. Kami doakan kalian kekal bahagia hingga ke syurga! 

SGMS Faida