Categories: Sihat

Doktor Ini Jelaskan Cara Yang Betul Kalau Nak Putihkan Gigi Guna Arang

Kalau anda perasan, banyak penjual online menjual serbuk arang untuk memutihkan gigi. Ramai juga yang membeli dan menggunakannya bertujuan untuk mendapatkan gigi yang cantik, putih dan berseri.

Tapi, tahukah anda penggunaan serbuk arang ini boleh mendatangkan kesan sampingan? Menurut Bruce L. Cassis, DDS, doktor gigi dari Fayetteville menjelaskan bahawa, arang telah digunakan sejak beribu tahun yang lalu. Malah, terdapat pesakit yang mendapat manfaat daripada penggunaan arang sebagai ubat gigi.

Anda juga perlu tahu bahawa, arang bersifat kasar, jadi ia boleh mengikis permukaan gigi, sebab itulah ia berfungsi untuk memutihkan gigi.

Foto: Pinterest

Walau bagaimanapun, anda juga perlu berhati-hati kerana jika terlalu kerap menggunakan arang, ia akan menghancurkan enamel gigi sehingga menyebabkan gigi menjadi sensitif. 

Jika anda ingin menggunakan ubat gigi arang yang diaktifkan, anda hanya perlu berus sekali setiap minggu sahaja dan bukannya untuk jangka masa yang panjang. Dr. Cassis juga menyarankan supaya anda mencuba ubat gigi arang dari jenama yang berdaftar dan diiktiraf. 

Cara paling selamat untuk pemutihan gigi

Menurut Trey Wilson, DDS, doktor gigi dari New York, pendekatan pemutihan gigi secara semula jadi adalah lebih selamat. Anda boleh menggosok kulit oren ke atas gigi anda. Cara ini mungkin berfungsi secara perlahan tetapi ia selamat!

Foto: Cari Infonet

Semoga bermanfaat!

Sumber: Wanista

tex_admin