Issey Belum Bersedia Cari Jodoh?

Penyampai radio, pelawak, pelakon, pengacara dan kini bergelar penyanyi,  Issey mengakui masih solo dan tidak mempunyai pasangan istimewa. 

Atas alasan yang kukuh mahu terus fokus terhadap kerjaya, Issey bagaimanapun mengakui sedikit sunyi apabila dikelilingi rakan-rakan yang sudah berkeluarga.

“Saya mahu kukuhkan kerjaya dulu, Siapa yang tidak sunyi terutamanya apabila melihat rakan sebaya sudah berkeluarga. Tetapi soal jodoh, semuanya sudah ditentukan Allah. Sampai masanya apabila bertemupasangan yang sesuai, pasti saya akan berkahwin. Saya tidak pernah serik berumah tangga.” Katanya

Namun, bagi Issey atau nama sebenarnya Issey Fazlisham beliau cuba mengelak daripada menjalinkan hubungan dengan selebriti ataupun berkenalan menerusi laman sosial. 

” Kalau boleh saya cuba elak daripada mencari bakal pasangan hidup menerusi media sosial kerana ada sisi positif dan negatif apabila kita memulakan perkenalan menerusi media sosial. Namun, bagi Issey, soal hati rasanya lebih baik perkenalan itu bermula secara empat mata.” Jelasnya

Apapun, kemunculan Issey ketika program Bintang Bersama Bintang 2019 semalam,mendapat tepukan gemuruh bukan sahaja dari rakan-rakan yang bertanding tetapi juga penonton yang hadir.

Salma Syahbuddin