Muat Naik Tweet Labelkan Dirinya “Shit Person”, Zayn Malik Buat Peminat Risau

Penyanyi dan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik mengejutkan peminatnya apabila memuat naik status di laman Twitter meminta maaf dan melabelkan dirinya sebagai “shit person”. Perkara ini mencetuskan tanda tanya dan kebimbangan dalam kalangan peminat penyanyi yang popular dengan single, Let Me.

Status tersebut telah dipadam oleh Zayn daripada akaunnya sejurus selepas dimuat naik.

Walaubagaimanapun, Zayn kembali memuatnaik status di laman Twitternya pada hari berikutnya dan mengucapkan terima kasih kepada para peminat yang bimbang akan kesihatan dirinya. 

Laman milik twitternya dihujani dengan komen daripada peminat yang mendoakan kesihatan Zayn dan ada juga yang meluahkan rasa keliru dengan situasi tersebut. 

Spekulasi bahawa hubungan persahabatannya dengan ahli kumpulan One Direction, Louis Tomlinson  berantakan dikatakan menjadi punca status tersebut dimuat naik.

Krisis hubungan antara ahli kumpulan One Direction itu semakin menjadi-jadi apabila Zayn gagal menghadirkan diri ke persembahan X-Factor Louis sebagai tanda sokongan di atas kematian Ibu Louis pada tahun 2o16. 

Sebelumnya Zayn turut mengakui mempunyai masalah depresi. Hubungan cintanya dengan model, Gigi Hadid juga menjadi retak berikutan masalah dirinya. 

 

 

 

Ad Ops