Isteri Justin Bieber Hamil Anak Pertama?

Penyanyi pop terkenal Justin Bieber mengumumkan isterinya, Hailey Baldwin sedang hamil anak pertama.

Menerusi laman Instagramnya, Bieber memuatnaik sekeping gambar yang memaparkan imej imbasan (ultrabunyi) 3D namun tidak sertakan butiran lanjut.

Rata-rata pengikut penyanyi berusia 25 tahun ini terkejut dengan pengumuman tersebut dan menganggap Bieber hanya bergurau sempena Hari April Fool.

Namun apa yang lebih memeranjatkan, Bieber memuatnaik gambar menunjukkan Hailey sedang membuat pemeriksaan dengan pegawai/ pekerja perubatan. Terkejut kan? 

Pelantun ‘Despacito’ sebelum ini pernah memberitahu pada tahun 2011, dia berhasrat memiliki cahaya mata pada usia 25 atau 26 tahun. 

” Saya melihat diri saya menjadi bapa muda dan berjaya dalam kerjaya,” katanya sebelum ini. 

Tidak terhenti di situ, Bieber sekali lagi membuat kejutan dengan memuatnaik sebuah lagi entri memberitahu berita kehamilan Hailey rupa-rupanya adalah ‘prank’!  

” Wait OMG is that a…APRIL FOOLS,” tulisnya ringkas. 

Bieber mengesahkan perkahwinannya dengan model, Hailey Baldwin pada November 2018 di media sosial iaitu selepas dua bulan selepas laporan media mendedahkan pasangan itu sudah memperoleh lesen perkahwinan.

SGMS Faida