Isteri Selamat Melahirkan Anak Lelaki, Ryan Bakery Bergelar Bapa

Isteri kepada pempengaruh dan pencipta kandungan, Ryan Bakery iaitu Elyia Ibrahim telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki mereka di sebuah hospital swasta pada Rabu.

Menerusi hantarannya di Instagram, Ryan menyatakan rasa syukur kepada semua yang mendoakan isteri dan anaknya yang diberi nama Ryan Ezra.

“Alhamdulillah, isteri saya Elyia Ibrahim telah selamat melahirkan anak lelaki. Terima kasih Ya Allah. Syukur kehadrat Allah SWT.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan isteri dan anak saya. Saya mendoakan anda semua dipermudahkan segala urusan, diberi kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki dan berjaya dunia akhirat. Aamiin,” ujarnya.

Meninjau di ruangan komen, rakan-rakan serta netizen turut mengucapkan tahniah buat dirinya dan isteri serta menyambut kedatangannya ke dunia seorang bapa.

“Alhamdulillah. Welcome to Daddydayclub.

“Alhamdulillah tahniah Ryan dan isteri.

“Welcome to bapak-bapak life!,” komen netizen.

Untuk rekod, Ryan dan Elyia telah mendirikan rumah tangga pada 1 Oktober 2022.

Maya Basir