Isu Wajah Tiada Di Poster & Satu Lagu Terpaksa Digugurkan Saat Akhir, Penganjur Akui Cuai! Tampil Mohon Maaf Secara Terbuka Pada Siti Nordiana – “Kami Terlepas Pandang”

Baru-baru ini, nama penyanyi Siti Nordiana hangat menjadi sebutan di platform media sosial selepas peminatnya meluahkan rasa tidak puas hati apabila foto selebriti kegemaran mereka tidak dipaparkan pada poster Sambutan Tahun Melawat Melaka 2024.

Bukan itu sahaja, difahamkan pihak penganjur telah mengugurkan satu lagu berjudul Bakawali yang sepatutnya dibawa oleh Siti Nordiana pada malam tersebut.

Terkini, pengurusnya, Alan Osman memuat naik laporan surat permohonan maaf secara terbuka daripada pihak penganjur acara itu kepada Siti Nordiana.

Menerusi siaran media tersebut, pihak penganjur mengakui kecuaian mereka dan menjelaskan lagu Bakawali terpaksa digugurkan pada saat akhir kerana berlaku masalah ‘running order’.

Manakala, pihak yang bertanggungjawab menguruskan poster acara tersebut turut memohon maaf atas kesalahan tidak memaparkan wajah pelantun lagu Terus Mencintaimu itu di skrin LED gara-gara terlepas pandang.

Artikel Berkaitan: “Hargailah Kami Kerana Usaha, Janganlah Banding-Bandingkan” – Kena Compare Dengan Siti Nordiana, Ini Reaksi Alyah

Artikel Berkaitan: Akui Keterlanjuran, Lan Solo, Isteri & Syura Nafi Bersikap Ego… Tetap Profesional Dengan Siti Nordiana – “Kes Jadi Lama Kerana Jumlah Pembayaran…”

Aqilah Paharuzi