Isteri Sudah Tawar Hati, Ini Jawapan Sharnaaz Ahmad…

Selepas isterinya, Noor Nabila yang merupakan kakak kepada selebriti popular Neelofa mengeluarkan kenyataan sudah tawar hati, pelakon Sharnaaz Ahmad tampil membuat kenyataan.

Akui Sharnaaz bukan niatnya untuk melengahkan proses penceraian kerana segalanya bersebab.

“Saya lakukan ini demi anak, Jayden Jebat. Saya mahu hak saya biarpun sedikit. Jadi saya biarkan hal ini kepada Mahkamah Syariah untuk melakukan tugas mereka,” katanya kepada BH Online.

Sebelum ini, Noor Nabila memberitahu dia terkilan suaminya itu seolah sengaja memanjangkan proses penceraian mereka.

“Saya tidak nampak usaha dia untuk selamatkan perkahwinan kami,” katanya memberitahu dia sudah tawar hati untuk kembali bersama.

Dalam masa sama, Sharnaaz memaklumkan faham sekiranya Nabila sudah tawar hati untuk meneruskan perkahwinan mereka.

“Itu hak dirinya. Saya faham dan tidak boleh buat apa apa jika orang sudah tawar hati,” katanya.

Pasangan ini berkahwin pada 31 Mac 2017 di sebuah hotel di Petaling Jaya, Selangor.

Bagaimanapun, bintang filem Juvana ini memfailkan permohonan nusyuz terhadap isterinya pada 30 September tahun lalu.

Kredit Foto: Instagram @sharnaazahmad

SGMS Faida