Sajat Sengaja Tayang Punggung, Dakwa Semuanya Asli Sejak Lahir

Keakraban jutawan dan usahawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri Kamarzaman dan Nur Sajat tidak dapat dipertikaikan lagi. Mereka bukan sahaja saling bantu membantu menaikkan perniagaan masing-masing, malah sering melancong bersama di dalam dan luar negara atas urusan kerja. 

Namun, baru-baru ini Aliff seperti kurang senang dengan kelakuan Sajat yang dikatakan sengaja memakai seluar ketat untuk memperlihatkan bentuk punggungnya. 

Menerusi satu video yang dimuat naik oleh Sajat sendiri, Aliff dengan jelas memarahi Sajat kerana sengaja mengoyang-goyangkan punggung semasa dirakamkan.

“Eh, kau jalan nak gedik-gedik ya, kereta langgar kau nanti. Eh, cuba jalan betul-betul boleh tak? 

“Asyik nak mengacau mata orang saja.  Tengok, orang bangla (Bangladesh) tu dah ghairah dah,” marah Aliff di dalam rakaman video tersebut.

Namun, Sajat hanya mentertawakan Aliff dan mendakwa ini adalah kecantikannya sejak azali lagi. 

“Percaya tak, ini adalah kecantikan asli saya sejak lahir lagi. All original. 

“Ramai yang menjeling saya..mata mata seolah berlari lari melihat kecantikkan ku!!! Betul tak???” tulis Sajat di dalam kapsyen.  

 

“Asli ke fake ni? Hahahah” tulis satu netizen. 

“Orang jeling sebab tengok kau ni jantan Jat..rupa macam perempuan..sekali suara jantan,” komen netizen lain. 

“Dah nak kiamat dah bang Jat…pergilah bertaubat sebelum malaikat maut panggil. Mati ni bila-bila pun boleh,”komen pengikut IG Sajat. 

Rata-rata ramai netizen mengecam kelakuan Sajat yang dikatakan lupa akan diri asalnya dan terlalu riak menunjukkan bentuk badan yang  bukan asli tetapi telah ‘dibuat’. Mereka juga  meminta Sajat supaya bertaubat sebelum nyawa ditarik. 

Kredit Foto: Instagram @nursajat23
Del14