Istimewa Buat Peminat Tegar Anime Di Malaysia! SPYxFAMILY Musim Ke-2 Kini Berada Di Tonton

Istimewa buat peminat tegar anime Jepun di Malaysia, perkhidmatan penstriman video tempatan Tonton kini mengumumkan siri animasi popular,  SPYxFAMILY Musim 2 yang bakal ditayangkan di platform berkenaan.

Malah, Tonton juga akan membawa anda semua mengembara menyaksikan SPYxFAMILY Musim 2 dengan jalan cerita yang lebih menarik, watak-watak unik dan gabungan sempurna antara pengintip dan keluarga Forger yang dinamik.

Menerusi SPYxFAMILY Musim 1, penonton diperkenalkan dengan kehadiran watak Loid Forger, seorang pakar perisik yang telah menyelusup ke dalam sebuah sekolah elit.

Walaubagaimanapun, ketika menjalankan misi pengintipan, dia perlu membina sebuah ‘keluarga angkat’ untuk meneruskan perisikan.

Dan, dia telah memilih Yor sebagai isteri samarannya sementara Anya sebagai anak perempuannya. Watak Yor mempunyai masa silam yang misteri dan bakat terpendam. Anya pula mempunyai kebolehan membaca fikiran orang lain.

Karakter dan keistimewaan masing-masing telah menjadikan keluarga samaran ini lebih dinamik dan tentunya membuatkan tugasan perisikan mereka berjaya.

Apa yang menarik, Tonton akan menyiarkan SPYxFAMILY secara high definition video (HD) menerusi pengalaman penstriman premium.  Manakala, menerusi On-Demand  Access, penonton tidak perlu risau sekiranya terlepas episod kegemaran kerana anda boleh catch up mengikut keselesaan waktu.

Bukan itu sahaja, Tonton juga akan menyediakan kandungan hiburan Jepun khas buat peminatnya menerusi Trending Content Hub.

Jadi, buat semua peminat tegar siri anime, jangan lupa layari www.tonton.com.my atau muat turun aplikasi di Google Play atau App Store, dan langgan Tonton serendah RM 9.90 untuk menyaksikan SPYxFAMILY Musim 2.

Tonton merupakan resolusi terbaik khusus buat peminat tegar siri Jepun mahupun kepada mereka yang baharu berjinak dengan hiburan Jepun.

Salma Syahbuddin