Isu Bergambar Bersama Lelaki Bertatu, Iman Troye Tampil Beri Respons!

Baru-baru ini, penyanyi Iman Troye telah meraih perhatian ramai selepas memuat naik gambar bersama seorang jejaka berasal dari Indonesia.

Ramai peminat lelaki meluahkan rasa sedih dan kecewa melihat hantaran tersebut.

Malah, ada juga segelintir netizen mempersoalkan lelaki pilihan hatinya itu kerana mempunyai tatu di tangan.

Terbaharu, ketika ditemubual Melodi, Iman atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin tampil memberi pencerahan mengenai segala spekulasi berhubung isu terbabit.

Jelas Iman, dia memuat naik gambar tersebut sebagai ā€˜hintā€™ untuk mengeluarkan single terbaharu duet bersama penyanyi Indonesia iaitu Petrus Mahendra dan bukan gimik semata-mata.

ā€œGambar yang diperkatakan itu ialah gambar saya bersama Mahen, artis Indonesia. Salah satu sebab kami muat naik gambar sama-sama untuk menunjukkan yang kami bakal keluarkan single lagu berjudul Gagal Bersembunyi.

ā€œItu adalah lagu ballad sebenarnya dan ini adalah bahagian lain Iman Troye sebab bila orang kenal saya sebagai artis yang bawa lagu cathcy, lagu-lagu happy tapi kali ini kita fokus kepada lagu ballad Indo. Bukan gimik semata-mata ye,ā€ ujar Iman.

Mengulas lanjut isu berkenaan, Iman juga menjelaskan status hubungannya bersama Mahen tidak lebih sebagai kawan biasa sahaja.

ā€œBiasalah kita ambil gambar dengan rakan artis macam Mahen sebab susah lagipun nak jumpa. Saya dah kenal Mahen sejak dia keluarkan lagu Pura-Pura Lupa lagi.

ā€œMahen orang yang sangat baik. Kita tolak tepi bertatu ke apa sebab dia pun bukan islam. Iman selesa untuk mendekatinya dan menjadikan dia sebagai seorang kawan. Kita kenal hati budi masing-masing. Bukan nak pandang fizikal ke apa yang penting dalaman dia macam mana.

ā€œKami memang tiada apa-apa hubungan. Doakan yang terbaiklah,ā€ jelasnya.

Nurul Hana