Isu Ditangkap Khalwat, Zul Ariffin Doakan Yang Terbaik Pada Ruhainies – “Saya Tak Akan Tanya Dia”

Pelakon, Zul Ariffin memilih untuk tidak masuk campur kontroversi melanda rakan selebriti, Ruhainies yang ditangkap khalwat bersama aktor sensasi, Aliff Aziz pada 9 Mac lalu.

Ketika ditemui XTRA, Zul berkata dia tidak menghubungi Ruhainies, malah mengetahui perkara tersebut melalui laporan media sahaja.

“Biarlah Ruhainies menyelesaikan hal itu secara aman. Sebagai orang luar saya tidak layak berkata-kata. Saya cuma tahu apa yang dilaporkan media sahaja.

“Saya enggan letakkan diri dalam kelompok mereka yang rugi atau membuang pahala puasa sebab ramai sangat yang suka cakap bukan-bukan.

“Lebih baik saya asingkan diri, jangan campur tangan dan lihat dari jauh. Mungkin dia perlukan masa untuk selesaikan hal itu,” katanya.

Zul berkata demikian ketika ditemui di Sidang Media & Majlis Tayangan Perdana Program Raya Astro 2024.

Sementara itu, Zul yang pernah bergandingan dengan Ruhaineis dalam drama Wifi Sebelah Rumah ini mendoakan agar kontroversi melanda aktres ini akan dipermudah oleh-Nya.

“Benda tersebut bukannya perkara yang seronok, jadi saya cuma mampu doakan yang terbaik kepadanya.

“Kalau fasal kerja saya memang boleh bagi komen, tapi ini hal peribadi, jadi saya takut.. Lebih baik saya jaga lidah,” tuturnya lagi.

Sebelum ini, nama Ruhainies dan Aliff hangat menjadi sebutan selepas ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah aktres berkenaan.

Susulan isu tersebut, isteri Aliff, aktres Bella Astillah memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu dan perbiacaraan seterusnya bakal berlangsung pada Khamis, 4 April ini.

Artikel Berkaitan: Zul Ariffin Rancang Akhiri Zaman Bujang Hujung Tahun Ini – “Dah Sampai Waktu Saya Jadi Suami Orang”

Artikel Berkaitan: Kesal Netizen Fikir Negatif, Ruhainies Tampil Bersuara Isu Video Berada Di Lapangan Terbang Bersama Aliff Aziz – “Itu Tengah Doa Sebelum Mula Shooting”

Artikel Berkaitan: “Saya Jemput Dia Makan Bersama Keluarga” – Isu Khalwat Dengan Aliff Aziz, Ruhainies Buka Mulut… Sedia Bincang Dengan Bella Astillah

Artikel Berkaitan: “Kenapa Tak Ajak Bella Or So Called ‘Bestfriend’ Makan Sekali?”- Eyra Hazali Pertikai Kenyataan Ruhainies Isu Tangkap Khalwat

Artikel Berkaitan: “JAWI Sampai Jam 11 Malam, Bukan 3 Pagi” – Dedah Bukti Mesej Dengan Ruhainies, Risteena Harap Netizen Tak Terus Menghukum

Aqilah Paharuzi