Dapat Watak Penyondol, Bella Astillah Belajar Buat Muka Jahat… Netizen Usik Minta Tips Dari Ruhainies

Pelakon, Bella Astillah memaklumkan dia bakal menjalani penggambaran memegang watak sebagai penyoondol.

Menerusi sebuah video tular bersama Inayah Beauty, Bella berkata dia perlu belajar cara untuk membuat muka jahat.

“Saya jadi penyondol, nak belajar kan.

“Direktor cakap dekat saya, ‘Bella, muka tu kurang jahatlah. Cuba jahat lagi

“So Bella tengah belajar macam mana nak buat muka jahat. Tak tahu, kena kecikkan mata eh,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengusik Bella untuk meminta tips daripada bekas rakan baiknya, Ruhainies.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 63,000 tontonan, lebih 1,000 tanda suka dan 20 komen.

Sebelum ini, nama Ruhainies dan Aliff hangat menjadi sebutan selepas ditangkap khalwat pada 9 Mac lalu dalam sebuah kondominium mewah aktres berkenaan.

Susulan isu tersebut, isteri Aliff, aktres Bella Astillah memfailkan penceraian pada 11 Mac lalu dan perbiacaraan seterusnya bakal berlangsung pada Khamis, 4 April ini.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ayden Bagi Surat Luah Rasa Sayang, Bella Astillah Sebak – Jangan Buat Macam Ni Mummy Sedih…”

Artikel Berkaitan: [VIDEO] “Walaupun Rasa Down, Sunyi.. Tapi Anak-Anak Penguat Semangat” – Bella Astillah Harap Sesama Wanita Tak Saling Meruntuhkan Kebahagiaan

Artikel Berkaitan: “Mungkin Perceraian Sebagai Hadiah Ulang Tahun Saya” – Enggan Berdendam, Bella Astillah Maafkan Ruhainies

Aqilah Paharuzi