Isu Gambar Lucah Mirip PU Riz, Kenyataan Pendakwah Ini Jadi Tanda Tanya?

Selepas kecoh dengan penularan gambar lucah miripnya semalam, kali ini  PU Riz tampil menafikan dakwaan tersebut kononnya lelaki seperti  dalam gambar ‘panas’ itu adalah dirinya. Terkejut dengan apa yang berlaku lebih-lebih lagi melibatkan maruah beliau, Pu Riz telahpun membuat laporan polis semalam di Balai Polis Sri Petaling, Selangor.

Menurut pendakwah terkenal ini, sebelum gambar tersebut tersebar, beliau telah menerima mesej berbaur ugutan dari seorang individu yang tidak dikenali pada malam Isnin. 

Namun, ada juga netizen menyatakan gambar lucah yang tersebar itu adalah berdasarkan hasil editing dengan teknik deep fake.

Malah, netizen juga turut mempertikaikan kesahihan dakwaan PU Riz yang menafikan gambar tersebut adalah dirinya. Kerana, menurut hasil carian netizen, terdapat gambar pendakwah ini memakai baju t-shirt seperti dalam gambar yang tersebar semalam.

Salma Syahbuddin