Isu Peserta Balas Komen Juri, Datuk Ramli MS Tampil Beri Respons – “Bunyi Tak Pernah Menipu, Penyanyi Jangan…”

Pengarah muzik tersohor, Datuk Ramli MS tampil memberikan komen mengenai isu peserta balas komen juri seperti yang tular di media sosial baru-baru ini.

Selaku ketua juri dalam sebuah program realiti hangat, Datuk Ramli menyifatkan lontaran suara seorang penyanyi tidak boleh di selindungi sekiranya benar sumbang.

“Saya sudah berbincang hal ini dengan rakan juri lain iaitu jangan menilai kepada apa yang penyanyi atau peserta itu tidak buat.

“Jadi juri profesional daripada segi kalau dia cakap bulat, kau cakap empat segi, ia tidak berkaitan. Jadi kalau dia cakap bulat, kita pun komen bulat, peserta tidak boleh sangkal.

“Bunyi tidak pernah menipu. Jadi penyanyi pun jangan ‘merepek’ atas pentas. Pada masa sama, juri kena hormati peserta yang pandai menyanyi. Kalau dia salah, kita cakap salah.

“Sekiranya ada bantahan, kita ‘playback’ balik persembahannya. Begitulah,” katanya.

Sebelum ini, heboh di media sosial mengenai salah seorang peserta program realiti Terpaling Juara, penyanyi Ifa Raziah didakwa kurang ajar gara-gara menjawab juri, Datuk Hattan yang sedang memberi komen.

Rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara selebriti tersebut kerana dilihat seperti tidak menghormati peranan juri dalam menegur penyanyi.

Artikel Berkaitan: Terpaling Juara: Netizen Bengang Ifa Raziah ‘Menjawab’ Juri, Ini Respons Padu Hattan – “Kalau Terkeluar Jangan…”

Sumber: Media Hiburan

Aqilah Paharuzi