Pelakon dan pengacara Jihan Muse telah selamat melahirkan anak kedua pada Selasa.

Perkongsian tersebut dibuat oleh isteri kepada pelawak Fad Bocey iaitu Nur Syahirah A Rahman menerusi Instagram Story miliknya.

“Tahniah kak Jihan Muse. Finally Arsalan dah ada adik. Semoga semua dalam keadaan baik. Selamat berpantang,” tulisnya.

Pada masa sama, pihak hospital dimana Jihan bersalin anak kedua turut mengucapkan tahniah menerusi akaun rasmi Instagram mereka.

“Tahniah Jihan Muse dan Ungku Hariz diatas kelahiran bayi baru. Terima kasih memilih kami sebagai pembekal penjagaan kesihatan,” tulisnya.

Untuk rekod, Jihan mendirikan rumah tangga bersama Ungku Hariz pada 20 Mac 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Ungku Arsalan Haq yang kini berusia empat tahun.

Maya Basir