“Saya Janji Tak Ada Hubungan Lagi” – Iqbal Hanya Berkawan Dengan DSV

Bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida iaitu Ahmad Iqbal Zulkefli mendedahkan hanya berteman kerana dilihat kembali rapat dengan usahawan tersebut.

Menerusi perkongsian Iqbal di Facebook, dia berjanji tidak akan ada hubungan yang lebih daripada kawan biasa di antara mereka berdua.

“Tidak putus orang bertanya tentang hubungan saya dengan Datuk Seri Vida. Di sini saya jelaskan, tiada apa-apa hubungan lagi antara kami.

“Tidak bergaduh, tetapi saya tidak boleh teruskan lagi. Ini keputusan muktamad,” tulisnya.


Tambahnya, Iqbal berharap agar kontroversi yang mengatakan dia bercinta dengan Vida dapat dihentikan.

“Berharap kontroversi hubungan saya dengannya dihentikan. Ini janji saya kepada semua, tidak akan ada lagi hubungan yang lebih selain kawan biasa. Saya tidak mahu bazirkan masa,” katanya.

Pada masa sama, Iqbal turut mempromosi diri untuk mencari isteri dan ibu buat anaknya.

“Mana-mana wanita, jangan segan untuk mendekati saya. Jangan takut, saya bukan jenis yang memandang harta benda, seadanya saya sekarang sudah mencukupi.

“Cukup orang yang memahami, bertolak ansur, dan saling menghormati. Kita berkenalan sahaja dulu. Tidak perlu tergesa-gesa. Apapun, tolong doakan Allah temukan saya dengan orang yang tepat,” ujarnya.

Maya Basir