Netizen Persoal Kredibiliti Shila Amzah Jadi Peserta

Semalam, telah berlangsung majlis sidang media sebuah program realiti di sebuah stesen televisyen.

Sidang media itu diadakan bagi memperkenalkan penyanyi-penyanyi yang akan bertanding pada musim baru ini.

Melihat senarai barisan peserta yang bakal menyertai pertandingan kali ini, ramai netizen mula mempertikaikan mengenai pemilihan beberapa penyanyi yang dikatakan masih aktif dan relevan dalam industri muzik tempatan.

Antara penyanyi yang menjadi bualan hangat netizen adalah Shila Amzah dimana rata-rata warganet berasa kurang senang apabila anak kepada penyanyi, ND Lala itu diumumkan sebagai salah seorang peserta bagi musim ini.

Hasil tinjauan XTRA mendapati ramai netizen mempersoalkan kerelevanan pelantun lagu Patah Seribu itu apabila menyertai pertandingan nyanyian tersebut.

Berikut merupakan antara komen-komen netizen yang meluahkan pelbagai reaksi mereka, malah ada juga yang berpendapat sepatutnya ayah Shilla iaitu ND Lala yang patut menyertai pertandingan tersebut.

Sumber: IG astrogempak

 

Khairil Khusyairi