Luna Maya Cemburu Dengan Marissa Anita, Kecewa Tiada Scene Cium Dengan Reza Rahadian

Selebriti popular Indonesia, Luna Maya mengaku berasa kecewa apabila dia tidak berkesempatan melakukan babak romantik itu bersama pelakon popular, Reza Rahadian.

Menurut Luna, sejujurnya dia juga berasa cemburu dengan rakan selebriti, Marissa Anita kerana aktres itu mempunyai beberapa babak lakonan  romantik bersama Reza.

“Jujur aku kecewa kerana aku tak ada adegan cium di sini. Aku cemburu sama Marissa kerana semua gandingan bersama Reza ada scene cium itu. Cuma aku saja tak ada,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang kini menginjak usia 39 tahun itu gembira apabila dapat digandingkan bersama Reza memandangkan itu adalah salah satu impiannya sejak bergelar anak seni.

“Kita tahu bahawa Reza merupakan salah satu pelakon terbaik Indonesia, jadi aku gemuruh ketika pertama kali bertemu Reza,” jelasnya.

Untuk rekod, Luna Maya, Reza Rahadian dan Marissa Anita digandingkan bersama dalam sebuah filem terbaharu berjudul, Mendarat Darurat.

Terdahulu, kontrovesi melibatkan Luna dan Ariel Noah juga kembali hangat diperkatakan netizen apabila kedua-duanya dilihat tampil dalam acara  sama apabila Luna menjadi  pengacara dalam sebuah program hiburan di Bali.

@lunamaya Dan terjadi lagi ! tonton full videonya hanya di Youtube Luna Maya. #lunamaya #fyp ♬ original sound – Luna Maya

 

 Selebriti popular Indonesia, Luna Maya mengaku berasa kecewa apabila dia tidak berkesempatan melakukan babak romantik itu bersama pelakon popular, Reza Rahadian.

Menurut Luna, sejujurnya dia juga berasa cemburu dengan rakan selebriti, Marissa Anita kerana aktres itu mempunyai beberapa babak lakonan  romantik bersama Reza.

“Jujur aku kecewa kerana aku tak ada adegan cium di sini. Aku cemburu sama Marissa kerana semua gandingan bersama Reza ada scene cium itu. Cuma aku saja tak ada,” katanya.

Bagaimanapun, pelakon yang kini menginjak usia 39 tahun itu gembira apabila dapat digandingkan bersama Reza memandangkan itu adalah salah satu impiannya sejak bergelar anak seni.

“Kita tahu bahawa Reza merupakan salah satu pelakon terbaik Indonesia, jadi aku gemuruh ketika pertama kali bertemu Reza,” jelasnya.

Untuk rekod, Luna Maya, Reza Rahadian dan Marissa Anita digandingkan bersama dalam sebuah filem terbaharu berjudul, Mendarat Darurat.

Terdahulu, kontrovesi melibatkan Luna dan Ariel Noah juga kembali hangat diperkatakan netizen apabila kedua-duanya dilihat tampil dalam acara  sama apabila Luna menjadi  pengacara dalam sebuah program hiburan di Bali.

 

 

Salma Syahbuddin