Jenayah Atau Aib? Peguam Ulas Isu Puteri Balqis – “Kes Boleh Jadi Rumit Sebab…”

Heboh sejak Sabtu lalu mengenai pendedahan pelakon remaja Puteri Balqis, 15, yang mendakwa menjadi mangsa amang seksual oleh bapa kandungnya tidak dinafikan mengejutkan seluruh pihak.

Memetik laporan mStar, peguam Nurul Hafidzah Hassan tampil memberi pandangan dari sudut perundangan soal Puteri Balqis yang teruk dikritik oleh segelintir netizen mengapa baru sekarang dia berkongsi tragedi hitamnya serta mempersoal sama ada pernah membuat laporan polis atau tidak.

Menurut Hafidzah berkata mangsa boleh membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang meskipun kejadian telah lama berlaku kerana kesalahan jenayah di Malaysia tidak mempunyai batasan waktu.

Namun begitu, Hafidzah menjelaskan kemungkinan keadaan akan menjadi rumit sangat tinggi kerana mangsa mungkin sukar untuk membuktikan tuduhan yang dibuat atas faktor saksi tidak dijumpai, meninggal dunia serta bahan bukti tiada.

“Bagaimanapun bagi kes gangguan seksual, mangsa sendiri boleh menjadi saksi untuk membawa kes ke mahkamah,” katanya.

Disoal sama ada tindakan Puteri Balqis wajar membuat pendedahan secara umum, Hafidzah berkata cara sedemikian hanya membuka ruang kepada pelaku untuk memfailkan saman terhadap mereka.

“Kes ini boleh menjadi lebih besar dan rumit sekiranya si pelaku berniat untuk mengambil tindakan mahkamah.

“Pihak mereka juga perlu bertanggungjawab kepada setiap komen yang mungkin berbaur fitnah dan boleh dijadikan tuntutan untuk didakwa.

“Jadi, sebaik-baiknya, pengadu boleh terus melaporkan kepada pihak polis untuk siasatan dilakukan bagi membuktikan dakwaan yang dibuat,” katanya.

Artikel Berkaitan: Didakwa Ekslpoitasi Gangguan Seksual Puteri Balqis, Ini Respons YouTuber Bros Gang TV – “Kami Tak Paksa, Bukan Views Yang Dikejar”

Artikel Berkaitan: Puteri Balqis Buat Laporan, Polis Siasat Bapa Didakwa Lakukan Gangguan Seksual

Artikel Berkaitan: Beri Pandangan Peribadi, Azhar Sulaiman Tak Setuju Cara Puteri Balqis – “Dia Masih Budak, Tak Ada Siapa Nasihat Dulu?”

Sumber: mStar

Kredit foto: BH

Aqilah Paharuzi