Isu Pukul Dan Hubungan Sejenis Libatkan Pelakon Popular, Namron Siap Beri Amaran

Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia Ke-30 ini memohon agar semua netizen di luar sana berhenti mengecam seorang pelakon yang dikatakan telah memukul bekas tunang dan terlibat dalam hubungan songsang.

Namron berkongsi video berdurasi  lebih dari tiga minit menerusi akaun instagram miliknya berkenaan isu terbabit.

Menurut Namron, beliau sedikit terkesan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh sesetengah netizen yang menyifatkan pelakon lelaki tersebut mempunyai hubungan songsang dan bertindak memukul bekas tunangnya itu.
” Sakit pula hati Tok Ayah bila baca komen macam confirm dah pelakon lelaki ni ada hubungan songsang sebab Tok Ayah kenal pelakon lelaki ini.”
Terdahulu, seorang pelakon lelaki ditahan polis selepas membelasah tunangnya kerana berang apabila wanita itu mahu memtuskan hubungan mereka pada 26 Jun 2019.
Dan, secara tidak langsung, pelakon Syafie Naswip pula menerima tempiasnya apabila netizen mula membuat spekulasi memandangkan Syafie baru sahaja putus tunang bersama pelakon Aisyah Azman.
Apapun, buat netizen di luar sana, apa kata selidik dahulu berita yang diterima sebelum membuat spekulasi okay. Boleh jadi dosa tau!
Salma Syahbuddin