Aliff Syukri Rela Dikecam Asalkan…?

Usahawan kosmetik popular, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan menerima keuntungan RM50,000 sebulan hasil daripada menjadi seorang Youtuber.

Kata Aliff ketika ditemui Xtra baru-baru ini, dia gembira melihat peningkatan jumlah subscriber setiap hari meskipun sering dikecam netizen

“Jujurnya saya tidak ambil hati dengan kecaman mereka di laman sosial. Bagi saya lebih banyak mereka kutuk, lebih banyak rezeki saya.

“Netizen adalah sumber rezeki saya. Walaupun ada di antara mereka yang kurang senang dengan tindakan saya memuatnaik segala aktiviti di Instagram, saya tidak kisah malah saya berterima kasih. Disebabkan tontonan mereka di Youtube, saya dapat menjana wang sehingga RM50,000 sebulan,” katanya.

Difahamkan sehingga kini, Aliff mempunyai 645,000 subscribers di laman Youtube miliknya, TV Terlajak Laris.

“Saya mempunyai 12 pekerja untuk memantau, menghasilkan idea untuk laman Youtube Terlajak Laris. Mereka juga bersengkang mata untuk menghasilkan topik menarik untuk saya persembahkan kepada penonton,” katanya.

Aliff yang baru sahaja melancarkan E Book pertama berjudul Zero To Hero di Menara Kuala Lumpur memberitahu sudah bersedia berkongsi rahsia kejayaannya dengan masyarakat.

“Tujuan saya menghasilkan E-Book ini bukan untuk bersaing dengan sesiapa. Saya hanya mahu membantu pengikut yang sentiasa bertanya bagaimana untuk berjaya dengan bantuan modal kecil,” katanya memberitahu E-Book ini dihantar dalam bentuk PDF File melalui email.

SGMS Fas