Isu Putus Cinta…Ini Jawab Mimi Lana

Bila dikongsi kata suka menunjuk, tapi bila diam…dikata sudah putus pula. 

Itu gambaran tepat buat pasangan popular Syafiq Kyle dan Mimi Lana yang mana cerita mereka sentiasa dinanti-nantikan oleh peminat.

Bagi pelakon Mimi Lana, dia lebih selesa ‘tertutup’ dan tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi.

” Saya tidak gemar bercerita mengenai hal cinta terlalu kerap, nanti orang jemu. Rasanya ramai sudah tahu yang saya tak suka nak bercerita lebih mengenai hubungan peribadi.

“Cukuplah saya kongsikan hubungan saya dengan Syafiq sebelum ini. Tak perlu nak menjaja kisah cinta berlebihan kerana saya nak fokus dengan kerjaya seni lakonan dulu,” katanya kepada Harian Metro. 

Sementara itu, pelakon drama Cari Aku Di Syurga ini masih bahagia bersama Syafiq.

“Tak tahu nak komen apa sebab saya dan Syafiq masih berkawan seperti biasa. Kami masih keluar bersama dan tidak pernah bergaduh atau berlaku perselisihan faham,” katanya menafikan dakwaan hubungan mereka sudah berakhir. 

Sebelum ini, timbul desas-desus mengenai keretakan hubungan cinta antara Mimi dan Syafiq apabila warganet mendakwa Mimi sudah tidak lagi mengikuti akaun Instagram kekasihnya itu.

Ish…tak baik tau fitnah macam ni! 

SGMS Faida