Categories: Hiburan

ISYANA SARASVATI DENGAN PARADOXNYA

Penyanyi yang boleh dianggap sebagai seorang yang talented dan versatile ini bisa dilabel sebagai seorang yang “Beauty with Brain” kerana sifatnya yang sederhana tetapi punyai skill yang luar biasa dalam mengendalikan instrument muzik.

 

Kedatangannya ke Malaysia buat kali kedua bukan sahaja untuk mengadakan showcase tetapi bertujuan untuk mempromosikan karya terbarunya dalam sebuah album berjudul Paradox. Apa yang uniknya album ini adalah, kesemua 10 buah lagu adalah hasil ciptaan sepenuhnya oleh Isyana. Malah, album ini juga mengisahkan tentang pengalaman peribadi dan karakternya sendiri.

Bagi Isyana, dia tidak mempunyai lagu favourite didalam albumnya ini. Kerana, baginya kesemua lagu adalah yang terbaik yang pernah dihasilkannya.

Menjadikan ibunya sebagai seorang idola dalam bidang muzik, Isyana menganggap bahawa jiwanya juga adalah muzik.

“Musik itu bisa menyempurnakan semua yang aku rasakan, tanpa harus di judge.”

Ketika ditanya siapakah Isyana Sarasvati  selepas 10 tahun? Isyana dengan selamba menjawab bahawa dia ingin menubuhkan sebuah sekolah muzik, agar dirinya boleh berkongsi ilmu minat dan kemahiran kepada pencinta muzik pada masa akan datang berdasarkan kemahiran dan pendidikan yang dimilikinya.

Wow! Isyana bukan sahaja cantik dan berbakat, malah berwawasan juga. Terus sukses ya!

Salma Syahbuddin