It’s A Boy! Farah Nabilah Selamat Bersalin Anak Kedua, Pilih Nama Yusuf Gibran

Pelakon Farah Nabilah berkongsi berita gembira apabila memaklumkan dia kini selamat melahirkan bayi lelaki pada 26 Julai lalu.

Menurut Farah Nabilah atau lebih mesra dengan panggilan Fawa,  ini adalah hari ketujuh anaknya dilahirkan sekaligus mendedahkan nama yang dipilih untuk anak keduanya itu sebagai Yusuf  Gibran  Mohamed Amirul.

Perkara itu dikongsi Farah menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya pada Selasa.

“Assalamualaikum, today is his 7th day.

“Yusuf Gibran bin Mohamed Amirul, 26 July 2023,”tulisnya.

Dalam pada itu, pemilik nama Farah Nabilah Saipuddin, 31, turut berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakannya selama ini.

Malah, dia juga berharap agar anak lelakinya itu menjadi anak yang soleh dan memiliki adab yang baik.

“Terima kasih atas doa semua, semoga Yusuf Gibran menjadi anak yang soleh, anak yang mempunyai adab dan akhlak seperti Rasullullah SAW dan  dilindungi dari segala kejahatan. Amin yarabbalalamin,”katanya.

Sekadar info, Farah dan suami, Amirul Yunus telah mendirikan rumah tangga pada 20 Disember 2019 dan dikurniakan dengan kehadiran cahaya mata lelaki bernama Andre Omar yang kini berusia 3 tahun.

 

Salma Syahbuddin