Isu Selebriti Wanita Buka Tudung, Noorkhiriah Pesan Jangan Sampai Tuhan Tarik Nikmat – “Akak Pernah Macam-Macam Rasa…”

Baru-baru ini, ramai selebriti wanita yang berhijab mengambil keputusan untuk tidak lagi bertudung.

Terpanggil untuk bersuara, pelakon Noorkhiriah berpesan kepada mereka untuk tidak sia-siakan petunjuk dan hidayah yang Allah SWT berikan.

Menerusi perkongsiannya di Instagram Story, dia memberitahu pernah berada di dalam situasi sama di mana imannya naik turun dan menasihatkan agar tidak membuatkan Tuhan murka.

“Akak pernah muda pernah macam-macam rasa sama macam adik-adik yang tengah bergelora sekarang ni.

“Pesan akak cuma satu, bila Allah dah bagi petunjuk dan hidayah, grab, pegang kemas-kemas sebab tak semua dapat. Jangan sampai Allah murka tak nak pandang langsung buruk padah dik,” pesannya.

Menurutnya lagi, pengalaman mengajarnya bukan sahaja untuk menjaga aurat malah banyak perkara yang perlu dijaga.

“Ni based on pengalaman akak yang berdosa ni. Rupanya macam-macam hidup ni kena jaga bukan setakat aurat. Jangan sampai Allah tarik nikmat.

“Jaga diri semua. Berpesan-pesanlah pada kebaikan walaupun kita bukan orang yang baik,” ujarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sedih Semakin Ramai Buka Tudung, Noorkhiriah Beri Teguran – “Kalau Dah Puas, Semoga Kembali..”

ARTIKEL BERKAITAN: Noorkhiriah Akui Bukan Senang Kekal Istiqamah – “Saya Pun Masih Haru-Biru, Fizikal & Mental Kena Strong”

Maya Basir