Categories: Drama

Tonton Apa Hari Ni: ‘Aku Yang Kau Sakiti’

Kehilangan orang yang tersayang sememangnya perit. Hal ini lebih menyakitkan apabila ia adalah dek kecuaian atau kesilapan orang lain. Ia mampu menyebabkan rasa marah yang amat sangat dan rasa dendam yang berpanjangan.

Situasi ini diketengahkan dalam drama Samarinda terbaharu yang berjudul ‘Aku Yang Kau Sakiti.’ Siri ini mengikuti watak Amanda yang merupakan seorang anak yatim.

Kehidupan Amanda tidak terbiar kerana dia telah dijaga oleh keluarga Tuan Zaki. Tuan Zaki juga mempunyai cahaya mata sendiri yang bernama Bella.

Tuan Zaki sekeluarga tidak melayan Amanda seperti orang luar. Malah, mereka telah menganggap Amanda seperti ahli keluarga sendiri.

Tatkala Amanda dan Bella mencecah usia 20 tahun, mereka berdua telah bekerja di syarikat Tuan Zaki. Peranan yang dipikul oleh Amanda adalah sebagai pembantu Bella.

Dalam diam, perasaan cemburu telah menyelubungi Amanda.Dia cemburu akan kehidupan Bella yang serba sempurna. Dia ingin berada di tempat Bella.

Perasaan cemburu itu juga menyemarakkan lagi rasa dendamnya terhadap keluarga Bella. Dendam ini telah lama tercetus dek kisah lalu yang melibatkan kematian ayahnya. Pada suatu ketika, ayah Amanda telah bekerja dengan Tuan Zaki.

Suatu peristiwa telah berlaku dan menyebabkan rasa tidak puas hati ini.

Amanda berhasrat untuk memecahbelahkan keluarga Tuan Zaki dan menghancurkan  perniagaannya. Apakah yang akan dilakukannya?

Cerita Apa? ‘Aku Yang Kau Sakiti’
Hari Apa? Setiap Isnin – Khamis
Jam Berapa? 10 malam
Di Mana? TV3 dan strim eksklusif HD di Tonton

Afiqah Azizan