‘It’s Not Funny’, Siti Sarah ‘Sekolahkan’ Pengikut Di Instagram

Menerusi laman Instagram penyanyi Siti Sarah, dia ada memuatnaik sebuah status memohon bantuan pengikutnya mendapatkan agen pembantu rumah warganegara Filipina, sebentar tadi. 

Dalam hantar tersebut, Siti Sarah meminta agar pengikutnya komen atau tag kenalan yang memudahkan urusan pencarian pembantu rumah itu.

Namun begitu, isteri kepada pelawak dan usahawah Shuib Sepahtu itu mula ‘bengang’ apabila sebilangan besar pengikut mempermainkan posting terdahulu.

” Bila saya minta bantuan, majoriti mempermainkan saya. Dengan tag nama kawan-kawan, macam nak menghina kawan untuk jadi maid. It’s not funny.

” Saya menganggap pembantu rumah adalah antara pekerjaan yang mulia.

“Di saat saya dan suami bertungkus-lumus membantu orang lain, ada hamba Allah yang sudi membantu saya, membesarkan anak-anak saya.

“Sebagai Muslim bukankah kita harus saling membantu,” tulisnya.

Hurm guys, tak kelakar kot nak buat lawak dengan menjatuhkan orang lain kan? 

SGMS Faida