“Itu Perkara Paling Hina” – Kongsi Quotes Mengenai Manipulasi Anak, Farid Kamil Tuju Kepada Siapa?

Pelakon Farid Kamil membuat perkongsian quotes yang menyatakan soal memanipulasi anak.

Menerusi perkongsian tersebut, quotes itu menyatakan seseorang itu sangat hina jika memanipulasi anak untuk membenci bapa atau ibu.

“Manipulating a child to hate their father or mother is one of the most despicable things someone can do”

Walaubagaimanapun, Farid tidak memetik mana-mana nama menerusi perkongsiannya itu.

Sebelum ini, Farid memaklumkan bahawa dia memberi lapan barangan kemas kepada Diana Danielle menerusi anaknya.

Namun, Diana tampil menafikan perkara tersebut dan memintanya untuk tidak jadikan anak sebagai orang perantaraan.

Artikel Berkaitan: Diana Danielle Dua Kali Terima Hadiah Lapan Barang Kemas Dari Farid Kamil Melalui Anak – “Insya-Allah Masa Akan Tiba…”

Artikel Berkaitan: “I Rejected The Rings Thru My Lawyer” – Anak Jadi ‘Orang Tengah’, Diana Danielle Sangkal Terima 8 Barang Kemas

Atiqah Johari