“Saya Takut Beranak, Tapi Buatnya Sed*p” – Kongsi Pengalaman Melahirkan 6 Orang Anak, Rebecca Nur Islam Pilih Proses Pembedahan

Baru-baru ini siri bual bicara (podcast) yang diterajui oleh pelakon dan hos rancangan popular, Datuk Rosyam Nor bersama Ketua Pegawai Eksekutif Usahanita, Datin Seri Adzliana tular selepas bual bicara berdurasi lebih 30 minit itu membincangkan tentang  Pengalaman Beranak : Perit Atau Sedap?

Dalam program tersebut, pelakon Datin Rebecca Nur Islam selaku panel jemputan tampil berkongsi pengalaman melahirkan enam orang cahaya matanya hanya melalui proses pembedahan.

Menurut Rebecca, dia memilih proses pembedahan (Czer) untuk enam orang anaknya disebabkan dia takut untuk melalui dan merasai sendiri proses melahirkan secara normal.

“Dia ada cerita sebenarnya… saya sebenarnya takut beranak… tapi buatnya sedap. Nak dijadikan cerita, masa anak pertama masa hujung-hujung kelahiran tu saya menangis setiap hari. tapi saya tak menangis dekat suami, tapi mak saya. Sebab terlalu takut.

“Takut tak dapat bayangkan macam mana proses melahirkan tu. Jadi, saya pergi jumpa doktor dan tanya terus boleh tak saya request nak beranak czer. 

“Tapi pada waktu tu, doktor saran supaya saya beranak normal. Dan disebabkan takut, saya teruskan czer begitu juga dengan anak seterusnya. 

“Bagi saya, saya dah boleh hadap dah proses melahirkan secara czer tapi tidak secara normal. Tapi rupanya beranak czer ni sakit selepas bersalin,” katanya.

Mengulas lanjut, Rebecca menegaskan dia melalui proses berpantang selama 100 hari.

Dan sepanjang proses tersebut, dia mendedahkan prinsip ‘no touch me’ kepada suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman selepas dimaklumkan wujud kejadian seorang suami kembali ‘menyentuh’ isterinya sebaik sahaja melepasi tempoh pantang selama 7 hari.

“Selisih malaikat 44 (suami isteri bersama selepas seminggu berpantang). Bentanlah bini tu, tak sihat. Saya berpantang 100 hari, ‘no touch me’ dan saya berpantang di bilik lain.

“Sebab tu body saya masih maintain. Saya kena puji diri saya sendiri. Saya maintain berat saya seperti zaman anak dara sebenarnya sebab saya amat menjaga diri sewaktu berpantang,” jelasnya.

 

Untuk rekod, Rebecca berkahwin dengan Datuk Nur Azam Sulaiman pada 2011 dan dikurniakan lima anak iaitu Nor Anggun Raverra, 11, Nor Anggerik Renesmee, 10, Nor Aliff Al- Raffael, 7, Nor Ahmed Al- Reaggan, 5, dan Nor Aurora Riana, 4 dan Nor Ammar Al-Rizky lahir pada 12 Mei lalu.

 

Salma Syahbuddin