“Sebenarnya Saya Dah Jumpa…” – Turut Hadir Ke Majlis Pertunangan, ND Lala Titip Pesan Buat Ubai

Pempengaruh media sosial, Ubai memberitahu pernah berjumpa dengan bapa Shila Amzah, Datuk ND Lala beberapa kali sebelum majlis pertunangan pada Sabtu lalu.

Memetik laporan Gempak, dia menerima banyak pertanyaan mengenai ND Lala seakan terkejut melihatnya turut hadir bersama keluarga.

“Ketika majlis itu, parents Sha (panggilan Shila) semua ada. Ramai juga tanya tentang ayah Sha pada saya.

“Sebenarnya saya dah jumpa Datuk ND dah lama, sejak sebelum bertunang lagi, masa tu ketika arwah nenek Sha meninggal.

“Masa tu saya dah borak dengan ayah Sha. Jadi, tak ada apa pun, normal sahaja seorang ayah datang ke majlis anaknya. Mereka anak-beranak okay. Andai kata tak ke, kita doakan baik-baik,” katanya.

Disoal tentang pesanan yang dititipkan buat dirinya, selain ucapan tahniah, ND Lala meminta agar menjaga Shila sebaik-baiknya.

“Dia ucapkan tahniah kepada saya. Dia juga pesan supaya jaga Sha dan mendoakan apa yang kami rancang berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Berkongsi tentang perancangan untuk mendirikan rumah tangga, Ubai dan Shila rancang untuk berkahwin pada tahun ini namun masih tiada tarikh yang ditetapkan lagi.

“Kami merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun ini. Tetapi bergantung juga dengan kesihatan ibu saya yang sedang menjalani kemoterapi bagi penyakit kansernya.

“Sebelum tunang haritu pun banyak dugaan. Adik meninggal, saya jalani pembedahan. Jadi, tarikh nikah tu belum confirm lagi. Kalau ada, saya akan umumkan,” jelasnya.

Maya Basir